Housemanship

(assalamualaikum. bosan gila cerita pasal housemanship, smua orang nak cerita pasal housemanship)

Sudah sebulan lebih

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Diam tak diam dah sebulan lebih aku bergelar seorang Houseman.

Masa mula-mula kerja dulu memang blur gila. Masa 1st day start kerja there was a review of a patient in the labour room that was supposed to be done at a particular time. Masa tu aku memang in a total blackout on how things work dekat situ so aku pun duduk saja dekat seorang patient yang sepatutnya kena review while perusing hopelessly through my notes when suddenly an MO came in a saw me doing nothing.

Aku pun kena marah time tu dan dia bagitau aku ~ “Welcome to hell”.

Masa 1st day juga aku taktau nak tulis apa masa review. Dan seorang specialist yang aku ikut round pun terpaksa dictate sepatah2 apa yg aku kena tulis.

At the end of it dia cakap, “congratulations, you just had your first writing lesson”

Sekarang aku sudah relatively less blur Alhamdulillah tapi kalau aku panicky aku akan cenderung utk cakap laju2 masa present case utk mintak tolong MO on-call dan kedengaran bodoh.

On-call

Masa seminggu dua minggu mula-mula kerja, setiap pagi aku akan duduk dalam jamban lama-lama dan termenung~ kenapa la aku gatal nak jadi doctor. Masa tu sebelum pegi kerja, sebak, sedih, berdebar, hiba, gusar, resah, gelisah, bermuram durja memendam gejolak jiwa semua bersilih ganti.

Sekarang perasaan-perasaan tu smua dah semakin kurang, therefore aku spent relatively less time inside the toilet every morning. Alhamdulillah.

Seorang sahabat bagitau aku, walau macam mana ko benci dan tak suka dengan kedudukan sekarang, Allah yang letakkan ko kat sini dan it’s the best thing that can possibly happen to you.

Sekarang tak sebak lagi Cuma aku akan jantung aku akan palpitations like it’s no one’s business kalau hari aku kena on-call kat tempat yang aku tak biasa.

On call tak best sebab itu adalah saat ko kena tinggal sorang-sorang oleh colleagues ko yang lain yang boleh balik, mandi, tidur, makan sedap2 kat kedai tomyam malam tu dan  ko akan terkapai2 seorang diri sambil berdoa banyak2 dalam hati mintak-mintaklah semua pesakit malam ni stabil dan baik-baik belaka.

As if people of the higher echelon in the medical establishment finds it that on-call isn’t the worst thing they created yet, they managed to top it off with EOD call or on call on Sunday.

Kereta

Alhamdulillah aku dah dapat kereta yang aku book bulan lepas.

It’s nothing much to brag about but still I’m right now very akin to a boy who just got his new toys, or me when I was in 2nd year med school who spent a big chunk of my monthly allowance on gadgets.

Aku rasa bersyukur sebab destinasi pertama kereta selepas diambil dari bilik pameran adalah masjid Bandar Baru Sungai Buloh (obviously lepas isi minyak kat pam minyak dulu) untuk dengar ceramah pasal Masa Depan Perjuangan Palestine oleh Aqsa Syarif yang kebetulan aku terbaca kat status FB update.

Lama betul, serious lamaaaaaaaaaaaaaa gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku tak dengar perkara2 sewaktu dengan yang ini.

Rasa best, syahdu dan terharu betul bila diulang-ulang dengan slide show diagram-diagram yang aku familiar: pasal gelombang, jatuh naik turun tamadun, keperluan umat Islam zaman sekarang untuk prioritise on what dan sebagainya. People who know will know and should know.

Aku harap dengan ada kereta (yang no platenya macam bunyi orang sedang muntah kalau dieja), akan menjadi suatu permulaan yang positif dan memberansangkan kea rah mardhotillah, ameeeen.

(walaupun malam tadi aku terlepas satu ‘meeting’ penting sebab terlajak tertidur lepas balik kerja. Penat konon padahal bukan post call pun. Astaghfirullah2.)

Senior Housemen

Banyak senior houseman yang aku jumpa akan sangat baik dan very helpful untuk guide me around.

Sorang senior bagitau aku: Ko tau tak The Curve and sebelah dia ada OU Cuma 5 minit dari hospital kita. So ko boleh lepaskan tension kat situ. Dan of course tak dilupakan dengan cara beribadat la….

Haha.

Berterima kasih

In so many ways, menjadi seorang doctor sebenarnya banyak mengajar kita cara untuk bekerja dengan niat ikhlas Cuma mengharapkan pahala dan redha dari Allah swt.

Biasalah sebagai manusia biasa, hati kita akan senang terkesan dan berasa seronok walaupun pesakit Cuma senyum dan cakap terima kasih. Tengok, Cuma cakap terima kasih dan bukannya bagi ganjaran  material apa2 pun sudah cukup untuk buatkan kita rasa happy, bersemangat walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10 malam dan malahan kadang-kadang perasan best.

Namun wujud juga situasi di mana bukan sahaja tak dapat ucapan terima kasih, malah disindir-sindir atau kena marah atau dapat muka tak puas hati daripada patient ataupun ahli keluarga yang datang melawat.

Di sinilah letaknya kepentingan memasang niat bekerja Cuma sebab nakkan redha dan pahala daripada Allah.

Praktikal versus teori

It goes without saying that housemanship experience is totally different from that of a medical student.

Bila jadi student, motivasi untuk belajar boleh dikatakan 85% adalah untuk lulus exam. Baki 15 % tu bolehlah masukkan whatever crap people usually come up with seperti demi kecintaan kepada bangsa agama dan tanah air blab la bla. Maka bila jadi student, cara kita mengingati maklumat adalah sangat berbeza dengan cara kita mengingati maklumat/knowledge baru bila dah jadi houseman.

Aku bagi contoh sekarang aku sedang bekerja di ward yang menyediakan prosedur induction of labour (IOL).

Serious masa aku jadi mula2 came across this IOL thingy during my 1st week of starting working, I had like the most vaguest of idea apakejadahnya menatang ni, bagi menggambarkan betapa maklumat pasal benda ni sangat diabaikan oleh aku.

Sudah tentu apa2 prosedur atau rawatan yang diberikan memerlukan indikasi sebelum melakukannya. Sebagai seorang yg berlagak student akan cenderung utk mambaca buku lalu menghafal satu persatu apakah indikasi2 utk prosedur2 tertentu.

Serious, kalau hafal macam tu, lepas exam mesti confirm kau akan lupa.

Tapi bila kau dah kerja, ko akan tahu betapa bestnya bila maklumat tu masuk dalam kepala kita bila kita tengok, buat, rasa dan alami sendiri hari-hari dan  kau yakin ko takkan lupa sampai Allah takdirkan ko dapat penyakit nyanyuk.

Bak kata cikgu terapi Russian aku dulu, ko akan ingat sampai bila orang kejut ko tengah2 malam dan Tanya apa indication utk IOL, ko akan boleh jawab dgn laju dan tak teragak-agak  lagi.

Kena Marah

Masa aku mula-mula kerja, seorang senior HO bagitau aku, dia suka kena marah sebab bila kena marah kau akan ingat sampai bila2. Gila dols, mana ada orang suka kena marah. That was what I thought at that time.

So masa aku mula-mula kerja aku akan kurangkan kesilapan seminimum mungkin dgn mengurangkan seminimum mungkin ruang-ruang utk buat salah. Maksudnya ko akan elakkan kerja-kerja yang ko tak familiar sebab takut kena marah kalau buat silap.

Tak kisahlah kau adalah Dr Fadzillah Kamsah atau Dr Rozmey Pecah Panggung sekalipun, konsep berani gagal adalah easier said than done.

Bila kita cuba elakkan kena marah, kita akan belajar less things. Bila kena marah, confirm ko akan ingat sampai bila-bila.

Aku ingat lagi waktu aku tak pandai nak order operation dalam system IT. Sekali ada sorang ibu dengan anak dalam kandungan yang kelemasan. (fetal distress, an indication for emergency caesarean section). Time tu takde plak senior houseman yang lain kat situ so aku terpaksa post operation sendiri instead of relying on others.

Maka aku pun terkebil2 dan terkial2 bukak buku nota aku dan buat step by step yang aku dah salin. MO incharge pun nampak ke-pathetic-an aku waktu tu lalu you guess it right~ aku kena marah kow-kow.

During my 1st week juga aku kena marah sebab tak ingat dos antibiotik untuk ibu bersalin yang pecah air ketuban secara pra-matang. Walaupun banyak dos ubat lain yang aku belajar as I went along, kadang-kadang ada yang aku ingat ada yang aku lupa. Tapi kalau jumpa je kes pecah ketuban pramatang dan antibiotik yang perlu diberi, konfirm semua memori kena marah datang bertalu-talu. That’s how powerful some type of memory can become.

Sekarang aku dah macam tak kisah (oops silap, kurang kisah) kena marah pun.  Bak kata senior HO aku yang baik, ko datang kerja sini jadi HO sebab ko nak belajar, bukannya ko specialist pun. Logik la slalu kena marah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, walaupun aku rasa macam tak best pada mulanya, namun Housemanship period adalah SANGAT penting untuk semua medical student lalui. Yang paling penting adalah kena selalu rendahkan diri dan luruskan niat kenapa nak kerja sebagai seorang doktor. Ada houseman yang sering mengeluh duit sikit, kerja banyak gila, tak dapat nak cuti-cuti Malaysia selalu atau shopping-shopping beg duit berjenama di pusat2 membeli belah di sekitar Lembah Kelang yang serabut gila tu. Anyway ko bukannya CEO syarikat Naza Kia ke nak perasan macam tu.

Apatah lagi kalau kau adalah houseman yang graduate dari Russia, kalau nak komplen-komplen macam tu gak memang la nak makan pelempang. Houseman dari Russia (atau negara-negara berdekatan yang cakap bahasa berenam Padezh tersebut) adalah yang paling handicapped antara semua yang lain.

Baiklah cakap pasal Russia tiba-tiba aku rasa macam nak bakar kereta Sergei Yevgeneevich vice dean ex-uni aku.

Assalamualaikum. Salam maal hijrah.


 

Advertisement
Categories: Uncategorized | 3 Comments

Post navigation

3 thoughts on “Housemanship

  1. salam…
    Hazreen, terharu aku dgr citer kow dow…cam nk tukar profession jd photographer r gni…

  2. kembara musafir di angin lalu

    oooo…mcm tu ke…
    tabahkn hati…:)

  3. anum

    hazreen; rindu kamu ^_*
    sama la kita…gatai sgt kan dulu
    neway, we’re the choosen one , i guess..insyaAllah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com. Theme: Adventure Journal by Contexture International.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.